Sabtu, 4 Februari 2012

Seminggu di sekolah...

Jatuh cinta lagi? Opsss!! Not me ok...It's my fwen..heheheh...
Time praktikum...ada sorang cikgu lelaki yang bru je posting..Boleh tahan. Untung2la member aku ni pn tak kurang cantiknya. Tapi dia memendam rasa. Kami tau hal tu. Tapi biarlah semuanya berlaku secara semulajadi. Rasa bahagia tengok orang bahagia..kan?? 

Next week dah nak ngajar. Aku dah kenal beberapa orang murid dalam prasekolah tu.. susahnya nak ingat nama orang..Tu memang kelemahan aku..Tapi aku akan berusaha untuk ingat..Cikgu pembimbing aku, alhamdulillah..baik yang amat...:) Rasa macam ada kakak..PPM plak?? Rasa macam mak sendiri...:)Happy nya hidup.. Tapi tulah..sekolah ni, aktif bebeno...GB nya..haish...xley nak kata ap..nampaknya, ktorg ada projek la lepas ni....:(

Erti cinta



Erti cinta..maya karin...

Tetiba lak nak menjiwang malam ni. Someone special ckp nak tunjukkan aku luahan pertama dia tentang aku dalam catatan buku dia kira-kira 5 tahun yang lalu. Terusik je hari ni. Time ni la denga lagu erti cinta. Aku rasa nak menagis sebab aku dah tak mampu nak sayangi dia macam dulu. Dia tengah cuba nak betulkan balik hubungan kitorang. Aku tau hal tu..Tapi kenapa baru sekarang dia nak take care..Aku terharu..Tapi aku tak mampu nak luahkan apa yang terbuku dalam hati. Aku sayang dia. Dia sayang aku. Tapi jodoh itu di tangan Allah s.w.t..Aku pasrah..

Khamis, 26 Januari 2012

Isu Penyalahgunaan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)





Tak habis2 lagi isu penyalahgunaan baucer buku 1 Malaysia untuk mahasiswa dan mahasiswi. Biasalah tu, takkan ada yang sempurna pada peringkat permulaan. Sudah semestinya kerajaan perlu membuat penambahbaikan. Pihak2 di luar pula, ada yang merungut:


"RM200?? Apa yang boleh dibeli dengan RM200 sedangkan buku2 berharga RM300 ke atas???"

Bagi aku, insan yang mengeluarkan ayat ini memang tak mengenal erti syukur.. Namapun dah bantuan daripada kerajaan..Kalau harga buku RM300...Kerajaan dah bantu 2/3 daripada harga buku tersebut...Selebihnya, gunalah duit sendiri..Tolonglah..Jangan tamak...Cariklah dalam dunia ni, kerajaan mana yang senang2 je bagi RM200 seorang untuk mahasiswi dan mahasiswa. Bersyukurlah jadi rakyat Malaysia walaupun negara kita ada cacat celanya. Insan tersebut keluarkan lagi kenyataan..

"Kebajikan rakyat tidak dijaga. Sedarlah kerajaan..duit tersebut adalah hasil pemerasan kerajaan terhadap duit rakyat!"

Masya-Allah...tuduhan apakah ini? Kenapa harus keluarkan kenyataan tersebut?Apakah yang dimaksudkan sebagai PEMERASAN? Duhai insan budiman..dan aku jangka insan ini juga mahasiswa dan mahasiswi...Negara mana yang dapat membangun kalau rakyat tak bayar cukai?? Tolong senaraikan..Please..Memang rakyat perlu bayar cukai..dah itu kenyataanya..Habis tu..nak siapa nak bagi duit untuk bangunkan negara..."ANDA" kah???? 

Aku faham..bagi perspektif insan ini, dia beranggapan kerajaan tidak menggunakan dengan sewajarnya wang tersebut.. Maka di sini, aku memohon kepada insan tersebut...Daripada terus marah2...Berilah cadangan..Bagaimana nak memperhalusi lagi bantuan2 yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Sokong tak?? (tak sokong pun xpa..:) )

Ada juga yang mengeluarkan kenyataan:
"Sudahlah baki daripada kupon tersebut tak dapat balik kalau beli buku kurang daripada nilai RM200..Duit baki tu, sedap2 je tauke kedai sapu"

Itulah gunanya kebijaksanaan anda duhai si BIJAK PANDAI. Kerajaan dah bagi free2 duit, takkan pasal pembelian buku sehingga cukup nilai RM200 tu pun kerajaan nak tolong fikirkan. Itu masalah individu masing2, kenapa nak suruh kerajaan fikir pasal benda tu..Ada akal tak boleh nak guna ke?

Sejujurnya, aku pun tidak gemar akan tindakan mahasiswa dan mahasiswi yang melelong baucer tersebut. Aku juga tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menghukum mahasiswa dan mahasiswi tersebut. Bagi aku, cukuplah nama insan2 tersebut disenarai hitamkan daripada menerima sebarang bantuan daripada pihak kerajaan dalam tempoh masa tertentu. 

Lagi satu, aku punya cadangan sendiri tentang pengagihan bantuan kepada insan yang BIJAK PANDAI seperti mahasiswa dan mahasiswi ini. Mungkin idea aku tidak sebernas mana..Tetapi sekadar mencadang...tidak minta untuk diterimapun cadangan aku ini...

Cadangan akulah…tak perlu bagi kupon..kalau setiap universiti ada koperasi macam Universiti Malaya..bajetkan wang tu utk koperasi tersebut…setiap pelajar perlu beli barang bernilai RM200 tersebut di koperasi tersebut. Seterusnya, koperasi tersebut perlulah sediakan buku2 yang diperlukan oleh mahasiswa & mahasiswi dalam lingkungan harga tersebut…bukan koperasi sahaja…kedai2 buku di mana2 IPTA @ IPTS juga….ok x?? xdelah masalah penyelewengan oleh mahasiswa & mahasiswi..(aku tidak tahu sangat tentang koperasi @ mana2 kedai khas di dalam IPTA & IPTS sebab aku bukan belajar di tempat sebegini)

Sekarang ni, tinggal nawaitu masing2 je lagi..Pihak2 yang mengurus bantuan tersebut juga perlu telus..Aku amat berharap, agar permasalahan ini tidak terus berulang lagi...Jadilah si BIJAK PANDAI yang bukan pandai pada AKALnya sahaja..Tapi HATInya juga....:)

Gula Kapas: Turut berasa kecewa mendengar keluhan DJ radio tentang isu ini.....

Suka-suki hari ini~

Menu hari ini

Udang goreng kunyit & sayur kacang panjang goreng..Urm..sedapnya (mentang2 sendiri masak..puji diri sendiri) Masak sikit aje. Almaklumlah..orang bujang..:) Apa menu korang hari ini? Mesti lebih mewah daripada Gula Kapas kan? Apa2 pun..Jangan membazirkan rezeki Allah s.w.t…Selamat menjamu selera!!



Gula Kapas: Rindu masakan Mak...:(

Tunang



Ex rum8 aku bakal bertunang 2 Jun 2012..Insya-Allah..Semoga segala urusannya berjalan dengan lancar dengan izin Allah s.w.t…Bila aku dapat berita tu..aku sedih…Aku rasa terkapai2…bila giliran aku? Hurm…Elaun masuk hari ni..6 ratus lebih aku belanjakan untuk tiket balik kampung cuti semester dah cuti hari raya…Alhamdulillah…selesai urusan tu…Baru hati aku lega…

Rasa ingin berkongsi luahan rasa. Tapi aku tak tahu bagaimana mahu memulakan.. Asam garam kehidupan…Ada tawa…adalah tangisnya…kini aku Redha..

Gula Kapas: Tiba2 air mata rasa murah….hari ini….(T_T)

Rabu, 25 Januari 2012

Airasia! Tunggu aku!!


Alhamdulillah...Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t...Akhirnya penantian ini berakhir...Elaun dah masuk. Walaupun aku tido pukol 2 pagi semalam, tapi aku bling2 cerah giler hari ni. Gara-gara happy sangat...apa lagi, keluarlah list bajet aku sem ni..huhuhu....Fening...belom ap2 ag dah terbayang duit dalam akaun tinggal Rm0.00 sen...:P

Apa2 pun...Terima kasih kepada Unit kewangan institut kesayangan aku ini..Baru je semalam aku merungut ngan kawan2 aku. Sebab semalam orang dah masuk kerja. Patut2 dalam minggu ni mesti masuk jugak elaun.Alhamdulillah sekali lagi. Masuk jugak akhirnya. Terima kasih ye unit kewangan...:)

Ok..Ap misi hari ni?? Mestila nak beli tiket balik kampung..

26 Mei-17 Jun 2012-Cuti semester (3 minggu)
18 Ogos-26 Ogos 2012-Cuti Pertengahan semester + Raya Aidilfitri (seminggu)

AIRASIA!! kau tunggu jela aku booking tiket!!! (^_^)

Gula Kapas: Tolonglah promosi!!!!!

Selasa, 24 Januari 2012

T707 Mungkinkah akan kumiliki??

 Ketika orang lain sibuk ngan Galaxy Tab samsung...Aku masih lagi mengidam-idamkan henset flip...Sangat suka!! Lantaklah orang nak pakai BB ke...touch screen ke...Aku nak jugak henset flip!!!
Biru,Hitam, Pink



Pandangan Depan
Biru ni raget gak :)


The full specs of Sony Ericsson T707 include:
  • 2.2 inch TFT internal display with 240 x 320 pixels and 262K colors
  • Quad band GSM connectivity
  • UMTS/HSDPA 2100 connectivity (T707)
  • UMTS/HSDPA 850/1900/2100 connectivity (T707a – North America will probably get this)
  • Google Maps
  • NetFront HTML browser
  • Email, Exchange ActiveSync
  • Bluetooth 2.0 with A2DP
  • YouTube access
  • Media Player
  • FM radio with RDS
  • 3.2 MP camera with video recording and geotagging
  • 100MB of internal memory
  • Memory Stick Micro card support, up to 16GB
  • 93 x 50 x 14.1 mm (3.7 x 2.0 x 0.6 inches)
  • 95 grams (3.4 ounces)
Gula Kapas: Taste aku agak ketinggalan zaman ke???