Sabtu, 4 Februari 2012

Seminggu di sekolah...

Jatuh cinta lagi? Opsss!! Not me ok...It's my fwen..heheheh...
Time praktikum...ada sorang cikgu lelaki yang bru je posting..Boleh tahan. Untung2la member aku ni pn tak kurang cantiknya. Tapi dia memendam rasa. Kami tau hal tu. Tapi biarlah semuanya berlaku secara semulajadi. Rasa bahagia tengok orang bahagia..kan?? 

Next week dah nak ngajar. Aku dah kenal beberapa orang murid dalam prasekolah tu.. susahnya nak ingat nama orang..Tu memang kelemahan aku..Tapi aku akan berusaha untuk ingat..Cikgu pembimbing aku, alhamdulillah..baik yang amat...:) Rasa macam ada kakak..PPM plak?? Rasa macam mak sendiri...:)Happy nya hidup.. Tapi tulah..sekolah ni, aktif bebeno...GB nya..haish...xley nak kata ap..nampaknya, ktorg ada projek la lepas ni....:(

Erti cinta



Erti cinta..maya karin...

Tetiba lak nak menjiwang malam ni. Someone special ckp nak tunjukkan aku luahan pertama dia tentang aku dalam catatan buku dia kira-kira 5 tahun yang lalu. Terusik je hari ni. Time ni la denga lagu erti cinta. Aku rasa nak menagis sebab aku dah tak mampu nak sayangi dia macam dulu. Dia tengah cuba nak betulkan balik hubungan kitorang. Aku tau hal tu..Tapi kenapa baru sekarang dia nak take care..Aku terharu..Tapi aku tak mampu nak luahkan apa yang terbuku dalam hati. Aku sayang dia. Dia sayang aku. Tapi jodoh itu di tangan Allah s.w.t..Aku pasrah..

Khamis, 26 Januari 2012

Isu Penyalahgunaan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)





Tak habis2 lagi isu penyalahgunaan baucer buku 1 Malaysia untuk mahasiswa dan mahasiswi. Biasalah tu, takkan ada yang sempurna pada peringkat permulaan. Sudah semestinya kerajaan perlu membuat penambahbaikan. Pihak2 di luar pula, ada yang merungut:


"RM200?? Apa yang boleh dibeli dengan RM200 sedangkan buku2 berharga RM300 ke atas???"

Bagi aku, insan yang mengeluarkan ayat ini memang tak mengenal erti syukur.. Namapun dah bantuan daripada kerajaan..Kalau harga buku RM300...Kerajaan dah bantu 2/3 daripada harga buku tersebut...Selebihnya, gunalah duit sendiri..Tolonglah..Jangan tamak...Cariklah dalam dunia ni, kerajaan mana yang senang2 je bagi RM200 seorang untuk mahasiswi dan mahasiswa. Bersyukurlah jadi rakyat Malaysia walaupun negara kita ada cacat celanya. Insan tersebut keluarkan lagi kenyataan..

"Kebajikan rakyat tidak dijaga. Sedarlah kerajaan..duit tersebut adalah hasil pemerasan kerajaan terhadap duit rakyat!"

Masya-Allah...tuduhan apakah ini? Kenapa harus keluarkan kenyataan tersebut?Apakah yang dimaksudkan sebagai PEMERASAN? Duhai insan budiman..dan aku jangka insan ini juga mahasiswa dan mahasiswi...Negara mana yang dapat membangun kalau rakyat tak bayar cukai?? Tolong senaraikan..Please..Memang rakyat perlu bayar cukai..dah itu kenyataanya..Habis tu..nak siapa nak bagi duit untuk bangunkan negara..."ANDA" kah???? 

Aku faham..bagi perspektif insan ini, dia beranggapan kerajaan tidak menggunakan dengan sewajarnya wang tersebut.. Maka di sini, aku memohon kepada insan tersebut...Daripada terus marah2...Berilah cadangan..Bagaimana nak memperhalusi lagi bantuan2 yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Sokong tak?? (tak sokong pun xpa..:) )

Ada juga yang mengeluarkan kenyataan:
"Sudahlah baki daripada kupon tersebut tak dapat balik kalau beli buku kurang daripada nilai RM200..Duit baki tu, sedap2 je tauke kedai sapu"

Itulah gunanya kebijaksanaan anda duhai si BIJAK PANDAI. Kerajaan dah bagi free2 duit, takkan pasal pembelian buku sehingga cukup nilai RM200 tu pun kerajaan nak tolong fikirkan. Itu masalah individu masing2, kenapa nak suruh kerajaan fikir pasal benda tu..Ada akal tak boleh nak guna ke?

Sejujurnya, aku pun tidak gemar akan tindakan mahasiswa dan mahasiswi yang melelong baucer tersebut. Aku juga tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menghukum mahasiswa dan mahasiswi tersebut. Bagi aku, cukuplah nama insan2 tersebut disenarai hitamkan daripada menerima sebarang bantuan daripada pihak kerajaan dalam tempoh masa tertentu. 

Lagi satu, aku punya cadangan sendiri tentang pengagihan bantuan kepada insan yang BIJAK PANDAI seperti mahasiswa dan mahasiswi ini. Mungkin idea aku tidak sebernas mana..Tetapi sekadar mencadang...tidak minta untuk diterimapun cadangan aku ini...

Cadangan akulah…tak perlu bagi kupon..kalau setiap universiti ada koperasi macam Universiti Malaya..bajetkan wang tu utk koperasi tersebut…setiap pelajar perlu beli barang bernilai RM200 tersebut di koperasi tersebut. Seterusnya, koperasi tersebut perlulah sediakan buku2 yang diperlukan oleh mahasiswa & mahasiswi dalam lingkungan harga tersebut…bukan koperasi sahaja…kedai2 buku di mana2 IPTA @ IPTS juga….ok x?? xdelah masalah penyelewengan oleh mahasiswa & mahasiswi..(aku tidak tahu sangat tentang koperasi @ mana2 kedai khas di dalam IPTA & IPTS sebab aku bukan belajar di tempat sebegini)

Sekarang ni, tinggal nawaitu masing2 je lagi..Pihak2 yang mengurus bantuan tersebut juga perlu telus..Aku amat berharap, agar permasalahan ini tidak terus berulang lagi...Jadilah si BIJAK PANDAI yang bukan pandai pada AKALnya sahaja..Tapi HATInya juga....:)

Gula Kapas: Turut berasa kecewa mendengar keluhan DJ radio tentang isu ini.....

Suka-suki hari ini~

Menu hari ini

Udang goreng kunyit & sayur kacang panjang goreng..Urm..sedapnya (mentang2 sendiri masak..puji diri sendiri) Masak sikit aje. Almaklumlah..orang bujang..:) Apa menu korang hari ini? Mesti lebih mewah daripada Gula Kapas kan? Apa2 pun..Jangan membazirkan rezeki Allah s.w.t…Selamat menjamu selera!!



Gula Kapas: Rindu masakan Mak...:(

Tunang



Ex rum8 aku bakal bertunang 2 Jun 2012..Insya-Allah..Semoga segala urusannya berjalan dengan lancar dengan izin Allah s.w.t…Bila aku dapat berita tu..aku sedih…Aku rasa terkapai2…bila giliran aku? Hurm…Elaun masuk hari ni..6 ratus lebih aku belanjakan untuk tiket balik kampung cuti semester dah cuti hari raya…Alhamdulillah…selesai urusan tu…Baru hati aku lega…

Rasa ingin berkongsi luahan rasa. Tapi aku tak tahu bagaimana mahu memulakan.. Asam garam kehidupan…Ada tawa…adalah tangisnya…kini aku Redha..

Gula Kapas: Tiba2 air mata rasa murah….hari ini….(T_T)

Rabu, 25 Januari 2012

Airasia! Tunggu aku!!


Alhamdulillah...Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t...Akhirnya penantian ini berakhir...Elaun dah masuk. Walaupun aku tido pukol 2 pagi semalam, tapi aku bling2 cerah giler hari ni. Gara-gara happy sangat...apa lagi, keluarlah list bajet aku sem ni..huhuhu....Fening...belom ap2 ag dah terbayang duit dalam akaun tinggal Rm0.00 sen...:P

Apa2 pun...Terima kasih kepada Unit kewangan institut kesayangan aku ini..Baru je semalam aku merungut ngan kawan2 aku. Sebab semalam orang dah masuk kerja. Patut2 dalam minggu ni mesti masuk jugak elaun.Alhamdulillah sekali lagi. Masuk jugak akhirnya. Terima kasih ye unit kewangan...:)

Ok..Ap misi hari ni?? Mestila nak beli tiket balik kampung..

26 Mei-17 Jun 2012-Cuti semester (3 minggu)
18 Ogos-26 Ogos 2012-Cuti Pertengahan semester + Raya Aidilfitri (seminggu)

AIRASIA!! kau tunggu jela aku booking tiket!!! (^_^)

Gula Kapas: Tolonglah promosi!!!!!

Selasa, 24 Januari 2012

T707 Mungkinkah akan kumiliki??

 Ketika orang lain sibuk ngan Galaxy Tab samsung...Aku masih lagi mengidam-idamkan henset flip...Sangat suka!! Lantaklah orang nak pakai BB ke...touch screen ke...Aku nak jugak henset flip!!!
Biru,Hitam, Pink



Pandangan Depan
Biru ni raget gak :)


The full specs of Sony Ericsson T707 include:
  • 2.2 inch TFT internal display with 240 x 320 pixels and 262K colors
  • Quad band GSM connectivity
  • UMTS/HSDPA 2100 connectivity (T707)
  • UMTS/HSDPA 850/1900/2100 connectivity (T707a – North America will probably get this)
  • Google Maps
  • NetFront HTML browser
  • Email, Exchange ActiveSync
  • Bluetooth 2.0 with A2DP
  • YouTube access
  • Media Player
  • FM radio with RDS
  • 3.2 MP camera with video recording and geotagging
  • 100MB of internal memory
  • Memory Stick Micro card support, up to 16GB
  • 93 x 50 x 14.1 mm (3.7 x 2.0 x 0.6 inches)
  • 95 grams (3.4 ounces)
Gula Kapas: Taste aku agak ketinggalan zaman ke???

24 Januari 2012

Baru je lepas dinner ngan member2 aku kat warung tepi jalan berdekatan dengan institut aku...Ada kucing jantan comel merayu2 nak makanan kat aku...Comel sangat..:)

Tu dia...Mate tengok...bling2..

Perut kenyang, hatipun senang..Tapi sampai je dekat bilik. Sakit pulak rasa hati aku. Belum pergi praktikum lagi buku praktikum aku dah menunjukkan ciri-ciri rosak..Arghhh!! Dahla dah tulis nama..Ni nak marah ni.!!

Gula Kapas: Tekanan perasaan lepas tengok video tahanan askar amerika kena sembelih hidup2..!!

Elaunku sayang~


"Bila elaun ni nak masuk"
"Encik Elaun...Aku rindu kamu!"
"Mak aih...elaun2...sengkek dah ni weyh!"

Antara rungutan pelajar institut aku termasuklah diri aku sendiri. Dalam keadaan yang sengkek menjelang praktikum yg tinggal berapa hari je lagi nak tiba ni...hati rasa xbest aje...Ada duit pun masalah, xda duit pun masalah..

List2 bajet tahun 2012 bagi semesster ni dah ada elok je dalam laci meja tulis aku. Fuhhh!! Duit tak masuk lagi dalam akaun..Tapi ikut perancangan bajet aku....Melayang2 la $$$$ aku terbang untuk bayar macam2...Dunia2...

Tapi, aku rasa...Kawan2 aku pn ada list yg lebih kurang sama je macam aku. Tolonglah masuk elaun..Aku sangat perlukan kau....!

Gula Kapas: Majoriti kami memang failed bab pengurusan kewangan..!

Isnin, 23 Januari 2012

Tafsir Rahsia Tahi Lalat Anda



Alkisahnya gara-gara tahi lalat baharu aku di bibir bawah sebelah kiri yang baru aku perasan akan kewujudannya, aku terus SEARCH pasal rahsia tahi lalat. Inilah sedikit dapatan aku. Tapi ingat, ini bukan betul2...CUBAAN..hehehehhe :)
  • Ubun-ubun – Tamak akan harta benda, jahat dan jahil
  • Unyeng-unyeng – Banyak akal, pendiam tapi cerdas
  • Kepala bagian belakang – Dapat dipercaya, pemberani dan sabar
  • Kepala sebelah kanan – Banyak rezeki
  • Kepala sebelah kiri – Wataknya buruk
  • Dahi kanan atau kiri – Wataknya buruk
  • Dahi tengah-tengah – Pandai dan baik hati
  • Pelipis kanan atau kiri – Banyak rezeki
  • Kelopak mata atas kanan/kiri – Pandai membawa diri
  • Kelopak mata bawah kanan/kiri – Sering menderita
  • Ujung mata kanan/kiri – Dapat dipercaya dan pendiam
  • Pangkal hidung – Pandai dan baik hati
  • Alis kanan – Suka menolong
  • Alis kiri – Dicintai banyak orang
  • Hidung – Banyak rezeki
  • Hidung bawah – Pandai bicara, banyak rezeki
  • Bibir atas – Cerdas, banyak rezeki
  • Bibir bawah – Baik hati
  • Pipi kanan/kiri – Dermawan
  • Pipi tengah – Disukai
  • Ujung mulut kanan – Pandai bicara
  • Dagu – Pandai bicara dan jujur
  • Telinga kanan – Keras dan mudah marah
  • Telinga kiri – Pandai dan jujur
  • Leher depan – Bijaksana
  • Leher belakang – Kecil hati, putus asa
  • Bahu kanan – Pendiriannya teguh
  • Bahu kiri – Pikirannya selalu ruwet
  • Buah dada kanan/kiri – Nafsunya besar
  • Antara buah dada – Baik hati
  • Punggung – Dapat dipercaya
  • Tengah perut – Dapat dipercaya
  • Pinggang – Jujur dan tabah
  • Pantat – Sering menderita
  • Pangkal paha – Tangkas dan banyak rezeki
  • Kemaluan – Nafsunya besar
  • Lutut depan – Kuat berjalan
  • Lutut sebelah dalam – Hatinya tidak tetap
  • Betis – Dapat dipercaya
  • Tulang kaki kanan – Pemboros
  • Tulang kaki kiri – Pemberani
  • Pergelangan kaki – Kuat berjalan
  • Tumit – Tidak dapat dipercaya
  • Jari-jari kaki – Suka bekerja
  • Lengan kanan/kiri – Suka bekerja
  • Telapak kaki – Baik hati
  • Telapak tangan kanan – Pandai menyimpan harta
  • Telapak tangan kiri – Pemboros
  • Telapak belakang – Kuat kaya
  • Ujung siku – Baik hati
  • Siku bagian dalam – Selalu tabah
  • Jari-jari tangan – Banyak rezeki
  • Pergelangan tangan – Pemboros
Gula Kapas: Ok..kesimpulannya aku ni baik hati & pemboros la yer...ish3...:P

Ahad, 22 Januari 2012

Terlupa Nombor Pin Bank!

Ok..tragis hari ni. Setelah 5 tahun aku kuarkan duit guna ATM..buat pertama kalinya aku lupa pin nombornya! Boleh pulak aku pergi tekan password FB bapak aku...Haaa...SUDAH! Ntah ap2 tah..Puas aku pusing2 kat KL Sentral semata2 nak ingat2 balik pin nombor tu...Akhirnya...ok2!! aku teringat balik macam mane aku dapat ilham utk buat pin nombor tu dulu..Kawan aku punyerla bengang...Gara2 aku tersilap bagi pin nombor aku kat dia. Sebab aku mintak tolong dia kuarkan duit. Ampun ya...:) Akhirnya, aku ambil langkah selamat...Save pin nombor kat dalam henset..so...tak da dah istilah lupa pin nombor lepas ni...

Gula Kapas: Selamat Tahun Baru Cina!!! :D

Dunkin Donuts

Hari ni masak sup ayam, sayur sawi masak sos tiram & umai udang...hohoho..makan sorang-sorang. Bosannya...makan sorang-sorang. Hurm.. Semalam sempat beli serunding daging kat Masjid Jamek..100g = RM5..Kunyah-kunyah time tengah online, syok jugak. 
Hurm..bosannya..Dunkin Donuts dalam kepala...warghhh!! Kenapa beso sangat nafsu makan ni!! huhuhuhu...dahla malas nak kuar...huhuhhu!


Itu dia!!!!

Kerana keinginan yang melampau, aku telah merayu-rayu kat kawan aku soh belikan. Hahhahahah!!! akhirnya!!!!!

Gula Kapas:Keinginan makan yang terlampau!

Selasa, 17 Januari 2012

18 Januari 2012

Oh man!
Hari kononnya nak puasa ganti…Akhirnya aku mengalah. Rasa tak larat gara-gara sahur minum air kosong je. Tapi aku rasa bukan sebab tu. Sebab aku tak rasa nak ganti puasa hari ni. Niat nak puasa, tapi hari tak ke arah tu. Tapi tak pelah. Tinggal 2 hari lagi aku tak ganti. Fuh!

Eh..bukan nak story pasal tu sangat sebenarnya. Mukadimah..Heheh..Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat pensyarah yang ok untuk praktikum fasa ke 3 ni. Menjerit aku dengan member masa kat dewan! (Hepi sangat)

Sekarang ni, menunggu debaran pensyarah untuk Penyelidikan Tindakan. Siapakah? Mungkin petang ni akan dimaklumkan. Lagi pun, petang ni ada taklimat major. Berdebar-debar je rasa….

Akhirnya setelah 2 tahun institut aku tak ada hari sukan..Tahun ni Insya-Allah bakal dilaksanakan. Senarai nama rumah sukan masing-masing dah keluar dah. Dari rumah Panglima (hijau) aku bertukar ke rumah Pendekar (kuning). Aisehmen…(sebenarnya tak kisah pun..aku bukannya ambik bahagian…:P )

Otw nak ke Kolej 12, UM..Boleh pulak aku konon nak tengok cermin..Pergh!! ada taik lalat baru kat bibir aku. Haiyo…menempel-nempel dah taik lalat kat muka aku ni. Kat bibir pulak dia nak singgah kali ni. Haish…! Kalah Syarifah Aini tau! (geli…hahahah!)

Al kisah aku hari ni. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Minggu depan dah curi raya cina. Happy nya rasa!!

Gula Kapas: Nak jenguk abang…baru lepas eksiden semalam..Innalillah…nasib baik tak teruk sangat…memang malang tu…tak berbau!

Posting..GSTT & Praktikum



Alhamdulillah..Akhirnya, senior aku dah tau dah tempat mereka bakal berkhidmat. Major prasekolah dikhabarkan ramai yang dapat area borneo. Major Bahasa Melayu pulak ramai yang ke semenanjung Malaysia. Apa2 pun, aku doakan yang terbaik untuk mereka semua. Insya-Allah…Aku pun bakal melalui situasi yang sama tahun hadapan.
GSTT
GSTT…Semalam batch khas ni melapor dah kat Institut aku. Aku tak pasti berapa bilangan mereka. Tapi yang aku pasti, mereka semua majoriti dah berumah tangga. Seorang GSTT duduk sebilik dengan budak aras aku. Berusia 29 tahun dan tinggal di Batu Caves. Sekarang dia ada anak berusia 7 bulan. Kesian pulak aku dengan. Dia siap cakap mungkin dia nak undurkan diri daripada program ni kalau tak mampu. Mungkin dia tak tahu..setiap IPG ada surat perjanjian. Tak ada istilah patah balik kalau dah tanda tangan surat perjanjian tu melainkan dia sanggup membayar denda yang beribu2 tu..(aku tak ingat lak brape…:P )
Praktikum
Praktikum dah lama dah berlalu. Memeritkan sedikit menghadapi kerenah guru pembimbing & PPM. Walaupun macam tu, aku bersyukur, sebab classmate aku bagitau, aku dapat markah 90 untuk praktikum kali ini. Berbunga2 hati aku! Tapi, entahla…Keputusan pun belum dapat lagi. Aku pun tak tau… “A” atau “B” dalam tangan…30 Januari 2012..Praktikum Fasa ke-3...Ya Allah..Permudahkan segala urusan hamba-Mu ini...Amin.

Fiksyen 302..Jangan Percaya!


Akhirnya, dalam masa 5 hari, aku berjaya khatam novel RAM yang paling mutakhir. Walaupun elaun belum masuk lagi, aku tetap jugak nak beli. Sebab, karya dia je yang aku boleh terima buat masa ni. Aku tengah mencari novel thriller yang lain dengan harapan novel tu standing dengan karya RAM. Dulu aku penggemar semua jenis novel, sekarang aku dah spesifikkan diri aku sendiri kea rah novel thriller sebab aku dah jemu baca novel cinta. Jalan ceritanya dapat di agak! Aku suka benda yang tak terjangka, yang buat aku berfikir dan bukannya sekadar mengusik emosi semata-mata. Walaupun aku tidak mempunyai bakat menghasilkan novel ala RAM, tapi sekurang-kurangnya aku adalah salah seorang daripada peminat setia RAM sejak kali pertama aku baca novel beliau semasa tingkatan 3…TOMBIRUO TERAKHIR..Memang itu bukan karya beliau yang pertama..Tetapi cinta aku kepada hasil nukilan beliau berputik pada saat itu sehingga aku keras menolak novel cinta yang kawan-kawan aku hulurkan kepada aku.  Misi aku masih belum selesai! Nak kumpul semua koleksi beliau merupakan satu impian aku!