Akhirnya, dalam masa 5 hari, aku berjaya khatam novel RAM
yang paling mutakhir. Walaupun elaun belum masuk lagi, aku tetap jugak nak
beli. Sebab, karya dia je yang aku boleh terima buat masa ni. Aku tengah
mencari novel thriller yang lain dengan harapan novel tu standing dengan karya
RAM. Dulu aku penggemar semua jenis novel, sekarang aku dah spesifikkan diri
aku sendiri kea rah novel thriller sebab aku dah jemu baca novel cinta. Jalan
ceritanya dapat di agak! Aku suka benda yang tak terjangka, yang buat aku
berfikir dan bukannya sekadar mengusik emosi semata-mata. Walaupun aku tidak
mempunyai bakat menghasilkan novel ala RAM, tapi sekurang-kurangnya aku adalah
salah seorang daripada peminat setia RAM sejak kali pertama aku baca novel
beliau semasa tingkatan 3…TOMBIRUO TERAKHIR..Memang itu bukan karya beliau yang
pertama..Tetapi cinta aku kepada hasil nukilan beliau berputik pada saat itu
sehingga aku keras menolak novel cinta yang kawan-kawan aku hulurkan kepada
aku. Misi aku masih belum selesai! Nak
kumpul semua koleksi beliau merupakan satu impian aku!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan