Macam2 skandal. Kali ni, skandal staf dengan pelajar insitut aku
yang semakin hangat diperkatakan. Sebenarnya, ni bukan kes yang pertama, tapi
dah macam2 kes yang sewaktu dengannya berlaku kat institut aku. Aku tak pasti
apa puncanya, mungkin ini takdir.
Tetapi, aku harap mereka sedar apa yang
mereka sedang lakukan sedang diperhatikan oleh banyak mata. Kekecewaan dan
keluhan aku dengar kerana staf tersebut sudahpun berumah tangga dan mempunyai
anak. Lagak bagaikan keluarga bahagia, tetapi staf tersebut mempunyai
kekasihnya sendiri di institut aku.
Sedih…Itu yang mampu aku ucapkan bila kawan
aku bercerita tentang isu ni. Poligami memang boleh, tetapi bersediakan
anak-anak kecil & isteri staf tersebut menerima tamparan ini kelak?
Aku
terpana sendiri..Apakah pengakhirannya nanti?
Gula Kapas: Tengah makan keropok lekor yang beli kat pasar malam
semalam…:P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan