Isnin, 9 Januari 2012

Umai Udang


Aku tak sangka aku akan buat umai udang dalam bilik kat asrama. Boleh pulak kawan aku pegi belikan limau nipis! Aku dah cakap dah limau kasturi. Oleh sebab kesilapan tu, aku terpaksa kuar untuk beli limau kasturi tu. Kalau tak, rasanya agak berbeza…Lagipun aroma limau tu berlainan. Semalaman udang tu aku rendam dengan garam & air limau kasturi..Esok2 nampak udang tu dah masak. Potong bawang merah, bawang putih, halia, cili dan udang. Campurkan sekali..Tambah sikit bahan perasa (Ajinomoto) garam dan limau kasturi…Siap akhirnya.. Kembang kempis hidung bila kawan puji umai tu sedap..Alhamdulillah…Berjaya jugak akhirnya walaupun pada asalnya aku tak yakin nak buat umai tu tanpa mak aku di sisi sebagai “chef”.. Heheheheh….:P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan