Jumaat, 13 Januari 2012

Posting?


Treeet……!!
Ha…ni la bunyi Mp198 aku yang telah berkhidmat selama 2 tahun. Aku panggil printer aku Dabak. Dabak tengah buat ape? Urm…tengah sibuk fotostat sijil-sijil yang perlu untuk isi borang penempatan ataupun”posting”. Next week, batch aku akan kecoh pasal isi borang posting. Antara dialog yang aku dapat agak:

“Ko mintak mane?”
“Aku mestilah mintak kat kampung aku.”
“Eee..takutnya..Takut dapat Sabah & Sarawak!”

Sebenarnya, isu ni dah diperdebatkan sejak kaki aku melangkah ke institut kesayangan aku ni. Di mana aku akan di tempatkan. Aku tak kisah. Aku hanya harap redha Allah s.w.t. Ada yang post kat FB menyatakan bahawa, peluang untuk dapat tempat seperti yang kita nak dalam borang posting tu, 28% sahaja akan berjaya. Kesimpulannya di sini, biar di mana pun tempatnya…sedarlah tanggungjawab sebagai bakal pendidik..Ingat lirik lagu Guru Malaysia..
APA YANG KAMI JANJI, TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN!

Gula Kapas: Terkilan dengan sikap segelintir rakan…”Dulu time interview bukan men lagi korang eh…tak kisah kena hantar kat kawasan pedalaman…sekarang??” Lu pikirlah sendiri!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan