Sabtu, 31 Disember 2011

OTW ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Masa otw dari kampung aku nak ke Kuching, aku nak van yang sama dengan kawan sekelas aku masa sekolah rendah dulu. Lama dah tak jumpa walaupun hakikatnya kami sekampung. Mungkin sebab perbezaan jantina. Aku bertukar nombor fon dengan dia itu pun sebab nak tolong kawan dia yang akan masuk ke kampus aku 9 Januari ni. Kot2 la aku boleh tolongkan. Aku tau macam mana rasanya datang berseorangan di tempat asing.

Dah sampai kat airport Kuching, aku terserempak pulak dengan kawan masa kat sekolah menengah dulu. Katenya, dia sambung belajar kat KLMU. (Dunia dalam genggaman kita! Eh...nyanyi pulak..hhohoho) Aku teringat pasal dia nak usha aku time form 2 dulu. Kelakarnya. Ada ke patut dia bagi aku penutup botol F&N. Ntah ap2 tah. Hahhaha! Lupekan. Cinta monyet.

Al kisah dalam flight pulak. Dapat la tempat duduk kat sebelah tingkap. 25F. "Aik...ada orang duduk kat tempat aku..." Tapi xpelah. Aku duduk la kat kerusi kosong. Alih2, sorang pompuan cina tegur aku.. "My sit is here.." Aku dengan blur2 terus bangun. Lepas tu aku nak tanya la 2 orang lelaki yang duduk sebaris ngan tempat duduk aku. Tak sempat nak tanya, dia dah tanya aku.."Nombor awak berape?" ...Aku pun jawab ler.. "25F" Hohohohoh....ok...dia yang salah tempat duduk rupanya. Nasib baik muka handsome. (AIk????) 

Alhamdulillah. Aku akhirnya tiba di KL. Ni kali pertama flight aku delay dalam situasi hari ni. Situasi macam mane? Pilot terpaksa terus terbangkan kapal terbang melintasi LCCT gara2 cuaca xelok.Hujan time tu. Fuh! Natijahnya, flight tiba lewat hampir setengah jam ke LCCT.

LCCT ke KL Sentral

Oleh sebab, aku nak tunggu kawan aku sampai dari lokasi yg sama jugak, aku lepak la kat surau. Makan isi perut. Bekalan dari rumah tau. Masakan mak! heheheheh...(ape jenis orang la makan ka surau...:P )

6.30 petang, member aku dah sampai...Ktorg nek bas Aerobus (paling murahkan..RM8 je...singgit je pn beza ngan bas AirAsia...) 45 minit..sampaila ke KL Sentral. (Kuching pun dah xlame ag ada Kuching Sentral jugak..eh...lari tajuk!)

Sepanjang dalam bas, aku tak tidur seperti kebiasaannya. Berborak2 sampai tak ingat dunia. Bising jugak kot mulut aku bercerita..huhuhu

KL Sentral ke Kepong Sentral

Kitorang xbuang masa, terus beli tiket kat kaunter. RM1.40 je. Murahkan? Tapi tulah harga yang perlu dibayar untuk naik KTM...Bagaikan neraka! (Neraka dunia)...Ya Allah..Aku sampai rasa nak termuntah. Member aku pulak dah sesak nafas macam nak pengsan. Ini barulah TIN SARDIN! Beban kat blakang aku dah 9kg, kat tangan aku dalam 2kg. Fuh...! Tuhan je tau...
Pas tu, ada pulak LELAKI masuk dalam gerabak wanita! Adoyai...Aku tak fahamla...Memang aku tak selalu naik KTM ni, Tapi, xda ke usaha untuk atasi masalah ni? Apa gunanya gerabak wanita kalau lelaki pun masuk sekali?? Sampai bilalah masalah ini nak berterusan. Agaknya, yang masuk gerabak wanita ni alami kecelaruan gender kot..(bak kate lec aku)





Jumaat, 30 Disember 2011

~Aku Perlukan Sepasang Lagi Mata~

Aku memang sangat perlukan cermin mata ni! Siapa sangka, aku kena bercermin mata. Tapi aku pakai bila perlu je. Mata tengah xterok sangatkan. Cermin mata aku boleh pulak hilang. Tak sampai setahun pun aku pakai. Tahun 2011 memang tahun barang2 aku hilang kot. cermin mata, handphone! arggghh!! Ok..tahun depan kena bajet duit untuk buat yang baharu..Macam kat bawah ni..errrr...macam banyak la pulak. Hehehhehe (^-^)




2011...Selamat Tinggal (^^)

Barang dah siap packing. Tinggal beberapa benda agi tak masukkan dalam beg, termasuklah laptop acer aku yang dah berbakti selama 4 tahun ni. Esok aku akan melalui perjalanan yang agak jauh untuk ke airpot Kuching. Baru semalam, kuar berita kat tv3, jalan laluan aku nak ke epot mendap. Alhamdulillah sebab ada jalan alternatif.
Hari ni aku menghabiskan masa kat rumah je lepas pergi kenduri arwah kat rumah member awal2 pagi lagi. (rasa hebat pulak dapat bangun awal..ish3!) Malam ni pulak, punyer la lebat hujan. Faham2 la astro. time2 macam ni, berangin..jangan haraplah nak layan citer. Memang sakit jiwa! So, thanks blogger.Sekurang-kurangnya aku tak la boring sangat malam ni.
Tadi aku sempat jengok blog member. Sumer dok cerita sal kenangan 2011. Untuk ingat balik kenangan2 tu, aku kena bukak baliklah buku diari aku. Actually, aku ni susah nak ingat sesuatu perkara, lagi2 melibatkan nombor! aduyai..! nombor aku sendiri pun aku ambik masa dekat nak sebulan untuk ingat. Sebab tulah aku tak suka tukar nom fon!
Apa2 pun, selamat tinggal perlu diucapkan kepada tahun 2011. 2012 menanti..Sape tau, kot2 aku jadi raja sehari tahun 2011?? Hahhahah! (ok, stop berangan...please lah! )
Aku harap, tahun ni aku tak de nak buat hal sangat. Aku nak happy2 mengahabiskan tahun terakhir aku study kat KL. Mungkin lepas ni, aku dah keje, dah tak ada kesempatan nak ke KL. Boleh pegi KL, tapi nak nikmati semula kenangan bersama dengan member...?? hurm..sukar....Aku akan rindukan semuanya!! Semuanya!! Terutama sekali tilam aku yang empuk kat asrama! Nombor bilik aku yang hot tu! (sebab selalu jadi mangsa penyelia asrama..huh! )
Eh! Tahun depan tesis lah..Adoyai! aku tengok senior bentang pun dah cuak..Macam manelah aku nanti! Jangan main2 Gula Kapas! Kang tak pasal2 ko stuck tengah jalan! 

Da 2011...! Selamat Datang 2012..~

Eh! macam taik lalat kat tangan aku!

Khamis, 29 Disember 2011

Maaf..Saya Tak Suka Kawan RAMAI-RAMAI!

Best pulak rasanya melepak kt rumah member hari ni. Cuti yang agak lama ni menjadikan aku tak ada teman untuk bercerita. Celoteh mulut berbicara. Rindunya aku kat kawan2 sumer! 

Kata org, kawan time ketawa mmg senang nak carik. Tapi sebaliknya time menangis. Inilah kawan2 aku yang aku sayang. Dorang selalu ada tak kira aku dalam keadaan macam mana sekalipun. Tak pernah nak ambik kesempatan kat aku. Tak jemu dengar luahan aku. Mane nak dapat kawan macam ni? Korang ada?? Hahaha!! (^_^)

Maaf..Saya Tak Suka Kawan RAMAI-RAMAI! Itulah aku. SAHABAT, RAKAN, TEMAN, KAWAN pelbagai definisinya...tetapi ianya seangkatan. Kawan bukanlah seorang yang mengkhianati, melihat kita terus jatuh dan jatuh..Kawan bukanlah insan yang perlu sebulu dengan kita. Perbezaan antara kita juga boleh menjadikan kita serasi untuk berkawan. 
Aku memang xpunya ramai kawan dan aku bahagia dengan keadaan itu. Biarlah orang lain berkawan secara berkumpulan. Mereka bahagia ketawa bersama. Tapi, ketika duka..adakah mereka tetap bersama begitu? Utuh dan jitu?? 

Memang usia aku tidaklah semengah mana untuk bercerita tentang pengalaman hidup. Sekadar ingin berkongsi. Manusia yang dianggap oleh orang lain sebagai "BAIK" tidak semestinya baik manakala "JAHAT" tidak semestinya "JAHAT". Biar apa pun penilaian oleh orang lain, selagi kita sendiri tidak cuba mengenali seseorang, kita tidak berhak melabelnya sebagai "JAHAT" ataupun "BAIK".

Tiada sesiapa yang berhak menghalang kita untuk berkawan, jadi pilihlah kawan yang selayaknya untuk dijadikan kawan. 

Gula Kapas: Aku rindu mereka....;(

Resepi Biskut Kacang

Bahan-bahan
1kg Kacang Tanah (telah digoreng & dikisar halus)
2kg Tepung Gandum 
1kg Gula Halus
1kg Minyak Masak
2 sudu besar baking powder

Cara Membuatnya
  1. Gaulkan kesemua bahan sehingga sekata. Lebih senang diuli dengan tangan.
  2. Kemudian, buatlah bentuk bulat lebih kurang saiz syiling 20 sen. (bentuk ni terserah kepada citarasa masing-masing)
  3. Letakkan telur pada bahagian atas biskut sebelum dibakar sebagai hiasan.
Suhu: 190 darjah celcius

Masa: 10 minit

Gula Kapas:
Hasilnya sangat banyak sebenarnya..Kalau nak sikit je, try la 1/2 setiap bahan-bahan...Selamat mencuba! (^__^)

Rabu, 28 Disember 2011

Siapakah Jack Sparrow sebenarnya???



Siapa peminat cerita Pirates of  the Caribbean?? Syokkan tengok cter tuh! Aku pn suka watak Jack Sparrow yang dilakonkan oleh Johnny Depp. Mantap! Tapi, ada sesuatu yang menarik tentang Jack Sparrow yang aku ingin kongsi di Gula Kapas.

Captain Jack Sparrow dikatakan seorang insan yang sebenar-benarnya memang pernah wujud di bumi Allah s.w.t dan dikenali juga sebagai Birdy! Pada asalnya beliau beragama Kristian dan setelah memeluk Islam, beliau dikenali sebagai Yusuf Reis.
Dikatakan juga bahawa Pengarah filem tersebut juga telah memutarbelitkan fakta sebenar tentangnya. Tetapi, mereka masih mengekalkan beberapa identiti Islam pada watak Jack Sparrow seperti janggut, serban merah, dan aksesori bulan bintang. Lambang bulan bintang berasal dari lambang khalifah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khalifah Turki Uthmani.


Try la bace link ni pulak: 

Gula Kapas kate:
Hey!! jangan lupe pulak kartun yg femes tu!! Sponge Bob!!

Rahsia disebalik nama Muhammad s.a.w


Aku temukan catatan ni di FB. Sekadar untuk berkongsi juga dengan insan lain yang mungkin tidak pernah membaca tentang perkara ini. Bagi aku menarik. Sebab itu aku letak kat Gula Kapas. Ini merupakan perkara menarik tentang susunan abjad nama Nabi Muhammad s.a.w, iaitu mim, ha, mim, dal ataupun alif, ha, mim, dal.
  1. Perkataan Muhammad jika digabungkan, iaitu mim, ha, mim, dal akan membentuk susuk rangka manusia yang sedang terbaring. Lihat pada gambar di atas untuk lebih memahami perkara yang dimaksudkan.
  2. Perkataan Ahmad pula, jika digabungkan, iaitu alif, ha, mim, dal akan membentuk pergerakan dalam solat.
Menarik bukan? Percayalah, setiap kejadian ada rahsianya tersendiri...Subhanallah!!

Selasa, 27 Disember 2011

Sinopsis Drama Vanila & Coklat



Nama Drama: Vanila Coklat [13 Episod]
Arahan: Emi Suffian Sabhe
Terbitan: Asia Media Content
Slot: Lestary TV3[mengantikan drama cinta Elysa]
Tarikh mulai siaran: 20 Disember setiap hari selasa jam 9.00 malam
Pelakon:  Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly dan Nabila Daly


Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara dan Aamir yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan sering berselisih faham memandangkan Zara merupakan pelajar cemerlang manakala Aamir pula dilabel seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara menganggap Aamir adalah hak miliknya. Liana sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka seperti bercinta. Liana juga seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Berlainan dengan Zara yang mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, jejaka yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka. Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

Gula Kapas Kate: Hurm...macam comel je drama ni....jom layan same2!

Anak Murid Rogol Guru?

Search "rogol", aku terjumpa artikel ni. Jadi aku copy paste kat Gula Kapas untuk dikongsikan bersama. Menarik :)


MANGSA: Lindsay. — Gambar AFP


22 Julai 2011

TOKYO: Seorang lelaki Jepun berusia 32 tahun semalam dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana merogol dan membunuh guru British, Lindsay Ann Hawker pada 2007 sebelum menanam mayatnya yang didera dalam sebuah tab mandi yang diisi dengan pasir.
KEJAM: Ichihashi. — Gambar AFP
Tatsuya Ichihashi, 32 – yang menghabiskan masa lebih dua setengah tahun dalam pelarian selepas jenayah pada 2007 itu dan menjalani pembedahan plastik untuk mengelak tangkapan – mengakui merogol guru Bahasa Inggerisnya itu tetapi mendakwa dia tidak sengaja membunuhnya.
Pendakwa raya telah me-mohon hukuman penjara se-umur hidup bagi Ichihashi.
Terdahulu bapa Hawker, Bill menggesa Mahkamah Daerah China supaya tidak menunjukkan “sebarang belas kasihan” dan menuntut hukuman mati – hukuman yang biasanya dijatuhkan bagi kes pembunuhan bersiri.
Ibu bapa Hawker mengha-diri perbicaraan Ichihashi, yang berlangsung antara 4 hingga 12 Julai lalu di mah-kamah Chiba berkenaan, dan turut memberi keterangan.
Anak mereka, Lindsay, dari sebuah perkampungan berdekatan Coventry di tengah England, berusia 22 tahun sewaktu mayatnya – dalam keadaan bogel dengan pergelangan tangan dan buku lali yang diikat – dijumpai dalam sebuah tab mandi yang diisi dengan pasir di anjung pangsapuri Ichihashi.
Bedah siasat mendapati Lindsay mati akibat kelemasan, dan pendakwa raya percaya Ichihashi mencekeknya selepas merogolnya.
Ichihashi memberitahu, selepas merogol mangsa, dia mengikatnya dan bercakap dengannya selama berjam-jam sambil meminta maaf.
Dia mendakwa mangsa mati tercekik apabila dia menutup mulut mangsa untuk menghalangnya daripada menjerit meminta tolong tetapi dia tidak berhasrat untuk membunuhnya.
Selepas pembunuhan itu, Ichihashi melarikan diri, dan bekerja sambilan antara Aomori di utara Jepun dan Pulau Okinawa di selatan.
Tertuduh menggunakan wang daripada pekerjaan sambilan untuk membayar bagi pembedahan kosmetik, menukar kelopak mata dan hidungnya dan menghilangkan tahi lalat pada mukanya dalam usaha mengelak polis.
Ichihashi, yang terpampang pada poster di balai polis dan pejabat awam di seluruh Jepun, ditangkap pada November 2009 selepas maklumat diterima daripada seorang saksi di sebuah terminal feri ketika beliau cuba menaiki bot ke Okinawa.
Beliau menulis buku ‘Until The Arrest’ mengenai kehidupannya ketika dalam pelarian dan menawarkan perolehan daripada buku tersebut kepada keluarga Hawker yang menolaknya. — AFP

 Sumber:
http://www.theborneopost.com/2011/07/22/lelaki-jepun-rogol-bunuh-guru-britain-dipenjara-seumur-hidup/

Banjir Oh Banjir

Gambar ni takde kaitan ngan kampung aku...hehehhe
Tak sangka pulak aku, negeri aku ni akan dilanda banjir senasib dengan negeri Terengganu, Kelantan, Sabah dan Johor. Baru je tadi aku dengar kat radio, kira-kira 8 ribu orang jadi mangsa banjir kat area Sarawak. Kampung aku pun air pasang lebih tinggi daripada kebiasaan yang pernah aku tengok. 
Adik-adik aku yang kecik syok aje mandi kat depan rumah. Tu pun sebab bapak aku ada tolong tengokkan. Bagi bapak aku, inilah masanya untuk adik-adik aku belajar berenang. Taklah macam aku ni. Sampai sekarang pun tak reti berenang. 
Aku harap keadaan tak semakin teruk. Amin. Sungai kampung aku ni ada kemungkinan di datangi konco-konco bujang senang sebab sebelum ni pun dah pernah dengar khabar macam tu. Bayangkan betapa kecut perut kalau makhluk Allah s.w.t ni masuk ke rumah! Tidak! Simpang Malaikat 44! (bak kate nenek aku). 
Tadi kat rumah nenek, mak cik aku dah sibuk membebel pasal salah sebuah sekolah kat area kampung aku dinaiki air pasang. Sampai basah stok-stok buku teks. Kesian betul aku dengar. Macam manela nasib budak-budak sekolah tu yang nak sekolah lagi berapa hari je lagi ni. Tiap-tiap apa yang berlaku ni mesti ada hikmahnya. Aku harap, setiap orang bersedia dengan apa-apa kemungkinan. ZAss!

6.05 sen Seunit Agihan ASNB

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ni mengumumkan agihan pendapatan 6.05 sen seunit untuk amanah saham ASN. Ini bertambah sikit dari dividen tahun lepas, iaitu 6 sen seunit.
PNB berkata agihan pendapatan ini memberi imbuhan kepada para pemegang unit saham amanah mereka sebanyak 1 juta lebih orang. Agihan akan terus masuk ke akaun masing2.

asb2 300x214 ASNB Umumkan Agihan Pendapatan

Bisik Hati Gula Kapas:
Ok..Aku sangat tertarik bila baca pasal benda ni...bukannya sebab aku antara insan yg dapat agihan pendapatan tu.. Tapi sebab akaun ASNB aku 0 !! hua3!! Ruginya lah hai..Jadi kepada insan2 di luar sana, Menabunglah untuk masa depan anda!! 

Isnin, 26 Disember 2011

Aku terima nikahnya......

Kahwin..Sape je yg xnak kan? Setiap insan dah ditentukan pasangan hidupnya oleh Allah s.w.t. Tiba2 je kan bukak topik pasal perkahwinan kan?? Aku gatal dah nak kahwin ke?? Heheh....Oleh sebab usia aku pn dah sesuai untuk ke alam tu, sudah semestinya aku berfikir pasal benda tu..Gatal ke?? Bagi aku x...Itu lumrah kehidupan manusia..kan? Sape setuju angkat kening!! (^_^)

Nilah rutin bila cuti. Asal free je, On9...FB..Sepanjang cuti...Kompemla asyik tengok gmb org kahwin, bertunang... Aduhai....Bila la tiba saat bahagia aku tu?? Ok...fokus2..aku xhabis blaja lagi..Sorry to say! Sorry to say!! (Biar Mimpi Sampai ke Bintang punyer dialog)

Hey! Sape kate xleh kahwin time study? Ramai contohnya. Kawan2 aku sama batch...dah berapa orang yg dah dirikan masjid...Bahagianya tengok dorg bahagia.. dah Halal...Nak bawak bini g mana2 pn apa orang nak kata kan?? Dah sah...Cemburunya aku..aik?? :P


Kahwin..Ingat senang ke? Pasti dah dapat restu orang tua? Haiyo...Jarak selalu jadi penghalang. Walaupun ni dunia serba canggih.. Ada lagi yg kolot sgt..Tak nak anak kahwin dgn org jauh2.. Sabah, Sarawak...Opsss!! Jangan ada yg terasa pulak. Tapi inilah ironinya. Kita dah merdeka lebih dpd 50 thn...Tapi ada lagi rakyat Malaysia yg cakap.."Dia bukan orang Malaysia, dia orang Sabah/Sarawak" ewwwwww!! Memang sah subjek Sejarah insan ni gagal!!! Bersyukurlah anak nak kahwin dgn org MALAYSIA..paham x mksdnya...eh...over plak aku..:P


Ape2 pn, Selamat berbahagia kepada pasangan2 ini.. Aku doakan agar semuanya bahagia hingga ke anak cucu. Tak perlulah bermewah sgt utk majlis perkahwinan/pertunangan..Buat setakat yg mampu. Kalau org nak mengata majlis kahwin kita xsemengah mana, biarlah. Bukan dorang yg nak tanggung..Betul kan? Kita org biasa, bajet la macam org biasa. Artis tu lain lah cerita.. Sponser melambak2. (^_^) Layarilah bahtera untuk mendapat keredhaan Allah s.wt..Insya-Allah....




Ahad, 25 Disember 2011

Skill MENIRU semasa exam..


Ada tak sape2 kat dalam dunia ni yg xpernah meniru dalam exam? Mungkin ada..Kalau ada..mungkin anda 1 dalam sejuta kot..(agaknya....heeheheh). Tapi, pernah tak sape2 terfikir yg orang meniru ni ada kreativiti yg tinggi? Ini pendapat aku je. Berdasarkan 3P, iaitu pengalaman, pemerhatian & penceritaan seseorang. Antara skill meniru yg aku dapat berdasarkan 3P yg aku maksudkan:
  1. Print/tulis nota yg berkaitan dgn paper  kat kertas yg sebijik mcm kertas jawapan exam.
  2. Tulis jawapan kat mana2 bahagian badan. Contohnya...tapak tangan, pergelangan tangan dsb.
  3. Tampalkan nota yg berkaitan kat dinding2 kelas. Contohnya..bahagian atas papan tulis.
  4. Tulis jawapan atas meja.
  5. Tinggalkan nota/jawapan kat toilet..Lepas tu, time exam pura2 nak g toilet..Padahal nak tgk nota yg dah tggal kat toilet...
  6. Buat nota mini dah selitkan kat mane2 bhg baju/kasut/stoking/songkok/tudung/alat tulis/bekas pensel.
  7. Berpakat ngan kawan untuk kongsi jawapan soalan objektif...Contoh: Jawapan A=angkat ibu jari, Jawapan B: angkat jari telunjuk...
  8. Conteng jawapan kat lengan baju..(ini mmg tahap terdesak sangat2 dah ni)
  9. Bawak henset secara tersembunyi dan mesej member/sape2 je utk tanya jawapan soalan yg dia tgh jawab.
  10. Rakam jawapan guna henset dan ulang dengar semasa exam..(ni yg bertudung senang la nak buat...:) )
Buat masa ni, ini jelah 10 Skill meniru semasa exam yg aku dpt flash back balik. Amacam?? kreatif kan? Mungkin ada lagi skill yg aku xtau. Tapi ape2 pn, kene ingat 1, KEBERKATAN tu perlu diambil kira. Mungkin orang xnampak...Tapi...Allah s.w.t sentiasa nampak...ok!! (^___^)


Tak kiralah sama ada ini rancangan individu, berpasangan ataupun pakatan sekelas!!! MENIRU!! tetap MENIRU!!! hehehhehe..sekian!

Panas Hati


24 Disember 2011, Genaplah 24 tahun ulang tahun perkahwinan mak & bapak aku. Macam tahun sebelumnya, aku nak buat kek untuk sambutan tu. Search internet lah..Abang aku cakap..”Buat kek span…pas tu, tarok aising atas dia” Aku pun, setujulah…dapatla resepi kek span. Walaupun aisingnya xlawa..Tapi keknya mendapat sambutan. Abang aku cakap sedap. Huish..kembang kuncup jugak hidung aku dengar.


Hari ni, 25 Disember 2011, aku dengar bapak aku ngomel. Gara2 mak aku xbagitau dia, tadi ada kenduri kawen. Bapak aku dengan selamba badak pegi kebun dia. Balik rumah baru dia tau ada kenduri..mestila bapak aku rasa bersalah. Karang orang tu ingatkan bapak aku saje xnak tolong orang keje kendurikan.. Rimas pulak aku denga dorang ngomel pasal tu….Dahlah tu…Kan semalam baru je sambut anniversary…hurm…Rasa nak aje pekakkan telinga time2 macam ni.




 
Hari ni jugaklah aku kena cakar ngan si Penakut. Geramnya aku!!  Kucing yang sekor ni mmg pelik sikit. Takut ngan orang. Kalo kita pegang, dia keraskan badan. Pastu mengeow…Ya Rabbi…!! Macam tak kenal tuan!! Siap cakar pulak tu!! Haish…niat nak kuarkan dia dari bilik..Sekali kena cakar.. Terima Kasih si Penakut!