Sabtu, 31 Disember 2011

OTW ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Masa otw dari kampung aku nak ke Kuching, aku nak van yang sama dengan kawan sekelas aku masa sekolah rendah dulu. Lama dah tak jumpa walaupun hakikatnya kami sekampung. Mungkin sebab perbezaan jantina. Aku bertukar nombor fon dengan dia itu pun sebab nak tolong kawan dia yang akan masuk ke kampus aku 9 Januari ni. Kot2 la aku boleh tolongkan. Aku tau macam mana rasanya datang berseorangan di tempat asing.

Dah sampai kat airport Kuching, aku terserempak pulak dengan kawan masa kat sekolah menengah dulu. Katenya, dia sambung belajar kat KLMU. (Dunia dalam genggaman kita! Eh...nyanyi pulak..hhohoho) Aku teringat pasal dia nak usha aku time form 2 dulu. Kelakarnya. Ada ke patut dia bagi aku penutup botol F&N. Ntah ap2 tah. Hahhaha! Lupekan. Cinta monyet.

Al kisah dalam flight pulak. Dapat la tempat duduk kat sebelah tingkap. 25F. "Aik...ada orang duduk kat tempat aku..." Tapi xpelah. Aku duduk la kat kerusi kosong. Alih2, sorang pompuan cina tegur aku.. "My sit is here.." Aku dengan blur2 terus bangun. Lepas tu aku nak tanya la 2 orang lelaki yang duduk sebaris ngan tempat duduk aku. Tak sempat nak tanya, dia dah tanya aku.."Nombor awak berape?" ...Aku pun jawab ler.. "25F" Hohohohoh....ok...dia yang salah tempat duduk rupanya. Nasib baik muka handsome. (AIk????) 

Alhamdulillah. Aku akhirnya tiba di KL. Ni kali pertama flight aku delay dalam situasi hari ni. Situasi macam mane? Pilot terpaksa terus terbangkan kapal terbang melintasi LCCT gara2 cuaca xelok.Hujan time tu. Fuh! Natijahnya, flight tiba lewat hampir setengah jam ke LCCT.

LCCT ke KL Sentral

Oleh sebab, aku nak tunggu kawan aku sampai dari lokasi yg sama jugak, aku lepak la kat surau. Makan isi perut. Bekalan dari rumah tau. Masakan mak! heheheheh...(ape jenis orang la makan ka surau...:P )

6.30 petang, member aku dah sampai...Ktorg nek bas Aerobus (paling murahkan..RM8 je...singgit je pn beza ngan bas AirAsia...) 45 minit..sampaila ke KL Sentral. (Kuching pun dah xlame ag ada Kuching Sentral jugak..eh...lari tajuk!)

Sepanjang dalam bas, aku tak tidur seperti kebiasaannya. Berborak2 sampai tak ingat dunia. Bising jugak kot mulut aku bercerita..huhuhu

KL Sentral ke Kepong Sentral

Kitorang xbuang masa, terus beli tiket kat kaunter. RM1.40 je. Murahkan? Tapi tulah harga yang perlu dibayar untuk naik KTM...Bagaikan neraka! (Neraka dunia)...Ya Allah..Aku sampai rasa nak termuntah. Member aku pulak dah sesak nafas macam nak pengsan. Ini barulah TIN SARDIN! Beban kat blakang aku dah 9kg, kat tangan aku dalam 2kg. Fuh...! Tuhan je tau...
Pas tu, ada pulak LELAKI masuk dalam gerabak wanita! Adoyai...Aku tak fahamla...Memang aku tak selalu naik KTM ni, Tapi, xda ke usaha untuk atasi masalah ni? Apa gunanya gerabak wanita kalau lelaki pun masuk sekali?? Sampai bilalah masalah ini nak berterusan. Agaknya, yang masuk gerabak wanita ni alami kecelaruan gender kot..(bak kate lec aku)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan