Search "rogol", aku terjumpa artikel ni. Jadi aku copy paste kat Gula Kapas untuk dikongsikan bersama. Menarik :)
22 Julai 2011
TOKYO:
Seorang lelaki Jepun berusia 32 tahun semalam dijatuhi hukuman penjara
seumur hidup kerana merogol dan membunuh guru British, Lindsay Ann
Hawker pada 2007 sebelum menanam mayatnya yang didera dalam sebuah tab
mandi yang diisi dengan pasir.
Tatsuya
Ichihashi, 32 – yang menghabiskan masa lebih dua setengah tahun dalam
pelarian selepas jenayah pada 2007 itu dan menjalani pembedahan plastik
untuk mengelak tangkapan – mengakui merogol guru Bahasa Inggerisnya itu
tetapi mendakwa dia tidak sengaja membunuhnya.
Pendakwa raya telah me-mohon hukuman penjara se-umur hidup bagi Ichihashi.
Terdahulu
bapa Hawker, Bill menggesa Mahkamah Daerah China supaya tidak
menunjukkan “sebarang belas kasihan” dan menuntut hukuman mati – hukuman
yang biasanya dijatuhkan bagi kes pembunuhan bersiri.
Ibu bapa
Hawker mengha-diri perbicaraan Ichihashi, yang berlangsung antara 4
hingga 12 Julai lalu di mah-kamah Chiba berkenaan, dan turut memberi
keterangan.
Anak mereka, Lindsay, dari sebuah perkampungan
berdekatan Coventry di tengah England, berusia 22 tahun sewaktu mayatnya
– dalam keadaan bogel dengan pergelangan tangan dan buku lali yang
diikat – dijumpai dalam sebuah tab mandi yang diisi dengan pasir di
anjung pangsapuri Ichihashi.
Bedah siasat mendapati Lindsay mati akibat kelemasan, dan pendakwa raya percaya Ichihashi mencekeknya selepas merogolnya.
Ichihashi memberitahu, selepas merogol mangsa, dia mengikatnya dan bercakap dengannya selama berjam-jam sambil meminta maaf.
Dia
mendakwa mangsa mati tercekik apabila dia menutup mulut mangsa untuk
menghalangnya daripada menjerit meminta tolong tetapi dia tidak
berhasrat untuk membunuhnya.
Selepas pembunuhan itu, Ichihashi
melarikan diri, dan bekerja sambilan antara Aomori di utara Jepun dan
Pulau Okinawa di selatan.
Tertuduh menggunakan wang daripada
pekerjaan sambilan untuk membayar bagi pembedahan kosmetik, menukar
kelopak mata dan hidungnya dan menghilangkan tahi lalat pada mukanya
dalam usaha mengelak polis.
Ichihashi, yang terpampang pada poster
di balai polis dan pejabat awam di seluruh Jepun, ditangkap pada
November 2009 selepas maklumat diterima daripada seorang saksi di sebuah
terminal feri ketika beliau cuba menaiki bot ke Okinawa.
Beliau
menulis buku ‘Until The Arrest’ mengenai kehidupannya ketika dalam
pelarian dan menawarkan perolehan daripada buku tersebut kepada keluarga
Hawker yang menolaknya. — AFP
Sumber:
http://www.theborneopost.com/2011/07/22/lelaki-jepun-rogol-bunuh-guru-britain-dipenjara-seumur-hidup/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan