24 Disember 2011, Genaplah 24 tahun ulang tahun perkahwinan mak & bapak aku. Macam tahun sebelumnya, aku nak buat kek untuk sambutan tu. Search internet lah..Abang aku cakap..”Buat kek span…pas tu, tarok aising atas dia” Aku pun, setujulah…dapatla resepi kek span. Walaupun aisingnya xlawa..Tapi keknya mendapat sambutan. Abang aku cakap sedap. Huish..kembang kuncup jugak hidung aku dengar.
Hari ni, 25 Disember 2011, aku dengar bapak aku ngomel. Gara2 mak aku xbagitau dia, tadi ada kenduri kawen. Bapak aku dengan selamba badak pegi kebun dia. Balik rumah baru dia tau ada kenduri..mestila bapak aku rasa bersalah. Karang orang tu ingatkan bapak aku saje xnak tolong orang keje kendurikan.. Rimas pulak aku denga dorang ngomel pasal tu….Dahlah tu…Kan semalam baru je sambut anniversary…hurm…Rasa nak aje pekakkan telinga time2 macam ni.

Hari ni jugaklah aku kena cakar ngan si Penakut. Geramnya aku!! Kucing yang sekor ni mmg pelik sikit. Takut ngan orang. Kalo kita pegang, dia keraskan badan. Pastu mengeow…Ya Rabbi…!! Macam tak kenal tuan!! Siap cakar pulak tu!! Haish…niat nak kuarkan dia dari bilik..Sekali kena cakar.. Terima Kasih si Penakut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan