Khamis, 29 Disember 2011

Resepi Biskut Kacang

Bahan-bahan
1kg Kacang Tanah (telah digoreng & dikisar halus)
2kg Tepung Gandum 
1kg Gula Halus
1kg Minyak Masak
2 sudu besar baking powder

Cara Membuatnya
  1. Gaulkan kesemua bahan sehingga sekata. Lebih senang diuli dengan tangan.
  2. Kemudian, buatlah bentuk bulat lebih kurang saiz syiling 20 sen. (bentuk ni terserah kepada citarasa masing-masing)
  3. Letakkan telur pada bahagian atas biskut sebelum dibakar sebagai hiasan.
Suhu: 190 darjah celcius

Masa: 10 minit

Gula Kapas:
Hasilnya sangat banyak sebenarnya..Kalau nak sikit je, try la 1/2 setiap bahan-bahan...Selamat mencuba! (^__^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan