
Nama Drama: Vanila Coklat [13 Episod]
Arahan: Emi Suffian Sabhe
Terbitan: Asia Media Content
Slot: Lestary TV3[mengantikan drama cinta Elysa]
Tarikh mulai siaran: 20 Disember setiap hari selasa jam 9.00 malam
Pelakon: Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly dan Nabila Daly
Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara
dan Aamir yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan
Aamir saling membenci antara satu sama lain dan sering berselisih faham
memandangkan Zara merupakan pelajar cemerlang manakala Aamir pula dilabel seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara menganggap Aamir adalah hak miliknya. Liana
sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka
seperti bercinta. Liana juga seorang wanita yang lemah lembut namun
semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin
berkahwin dengan anak orang kaya. Berlainan dengan Zara yang mempunyai
kekasih hati iaitu Kamal, jejaka yang dikenalinya sejak sekolah menengah
lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu
juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang
menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari,
Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.
Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk
menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka
agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa
berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah
ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan
bersetuju.
Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk
meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba
bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada
Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur
seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk
memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan
ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan
berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis
tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara
dan Aamir.
Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal
dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia
menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk
Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya
kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara
Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan
hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad
renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali
perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan
keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk
Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana
untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?
Gula Kapas Kate: Hurm...macam comel je drama ni....jom layan same2!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan