Khamis, 29 Disember 2011

Maaf..Saya Tak Suka Kawan RAMAI-RAMAI!

Best pulak rasanya melepak kt rumah member hari ni. Cuti yang agak lama ni menjadikan aku tak ada teman untuk bercerita. Celoteh mulut berbicara. Rindunya aku kat kawan2 sumer! 

Kata org, kawan time ketawa mmg senang nak carik. Tapi sebaliknya time menangis. Inilah kawan2 aku yang aku sayang. Dorang selalu ada tak kira aku dalam keadaan macam mana sekalipun. Tak pernah nak ambik kesempatan kat aku. Tak jemu dengar luahan aku. Mane nak dapat kawan macam ni? Korang ada?? Hahaha!! (^_^)

Maaf..Saya Tak Suka Kawan RAMAI-RAMAI! Itulah aku. SAHABAT, RAKAN, TEMAN, KAWAN pelbagai definisinya...tetapi ianya seangkatan. Kawan bukanlah seorang yang mengkhianati, melihat kita terus jatuh dan jatuh..Kawan bukanlah insan yang perlu sebulu dengan kita. Perbezaan antara kita juga boleh menjadikan kita serasi untuk berkawan. 
Aku memang xpunya ramai kawan dan aku bahagia dengan keadaan itu. Biarlah orang lain berkawan secara berkumpulan. Mereka bahagia ketawa bersama. Tapi, ketika duka..adakah mereka tetap bersama begitu? Utuh dan jitu?? 

Memang usia aku tidaklah semengah mana untuk bercerita tentang pengalaman hidup. Sekadar ingin berkongsi. Manusia yang dianggap oleh orang lain sebagai "BAIK" tidak semestinya baik manakala "JAHAT" tidak semestinya "JAHAT". Biar apa pun penilaian oleh orang lain, selagi kita sendiri tidak cuba mengenali seseorang, kita tidak berhak melabelnya sebagai "JAHAT" ataupun "BAIK".

Tiada sesiapa yang berhak menghalang kita untuk berkawan, jadi pilihlah kawan yang selayaknya untuk dijadikan kawan. 

Gula Kapas: Aku rindu mereka....;(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan